Orang Talu Malaysia

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Komuniti Urang Talu Malaysia

Dari Meja Pengerusi

Alhamdulillahi Rabbul alamin Wassalatuwassalamu ala rasulillah. Amin.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Prof Khalid

Saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah kurnianya maka wujudlah satu ruang portal internet untuk orang Talu Malaysia – www.myurangtalu.com sebagai wadah informasi dan perhubungan rang Talu.

Siapakah Rang Talu?

Saya suka mengambil idea yang dicatat di portal Rang-Talu http://www.freewebs.com/rang-talu/

”...Baik karena orangtuanya berasal dari Talu (walaupun yang bersangkutan dilahirkan di luar Talu), atau karena "numpang lahir" di Talu (sedangkan orangtua sendiri tidak berasal dari Talu), atau karena mempunyai hubungan emosional dengan orang Talu (isteri, suami, ibu atau ayah, atau salah seorang di antaranya, berasal dari Talu), atau karena dibesarkan atau pernah bermukim dalam suatu kurun waktu tertentu di Ranah Talu....”

Talu adalah satu Nagari di Sumatera Barat dan persekitarannya iaitu Kecamatan (daerah) Talamau, Sinurut dan Kajai. Orang Talu telah lama berada di pelusuk Semenanjung Malaysia. Sejarah keluarga saya sahaja, menunjukkan saya adalah keturunan kelapan dari nenek moyang yang telah merantau dari Nagari Talu ke Tanah Melayu di abad ke lapan belas Masehi lalu. Orang Talu datang ke Semenanjung Malaysia pada masa lepas sebagai mengamalkan tradisi merantau orang Minang. Para perantau ini, sentiasa ingat Nagari asal mereka. Ramai yang pulang dan menetap semula di Talu selepas tamat perantauan. Dalam perkataan lain, hubungan antara orang Talu yang berada di Semenanjung Malaysia dan di Nagari Talu sentiasa rapat.

Read more...

Portal Komuniti Urang Talu Malaysia

Portal Komuniti Urang Talu Malaysia telah kembali. Kami menyediakan pelbagai sumber informasi dan berita terkini mengenai aktiviti komuniti urang Talu di Malaysia. Layari portal ini sekarang untuk mengetahu aktiviti dan berita terkini komuniti.

You are here: Home